Up
Rating
Forex Broker
0
Broker
0
Ulasan

Moody’s

Perkhidmatan Pelabur Moody merupakan penilaian kredit terkemuka dunia. Selain itu, agensi ini juga terbabit didalam kaji selidik dan ramalan juga serta analisis pasaran kewangan. Perkhidmatan Pelabur Moody telah pun mengambil 4,500 pakar untuk bekerja; cawangan syarikat ini terletak di 26 negara. Ianya menggunakan lebih daripada 40 sistem penarafan seperti penarafan kredian am, penarafan industri tertentu, penarafan skala negara dan penarafan bukan kredit. Bilangan sistem penilaian telah pun berkembang saban tahun. Pelabur disekitar dunia sensitif kepada penarafan terkini; mereka menggunakan alat Moody dan berlatih bagi mengukur serta menguruskan risiko.

Sebagai contoh, penilaian jangka masa panjang Moody merupakan pendapat bagi risiko kredit relatif pada obligasi kewangan dengan keuntungan tetap dan tempoh matang asal yang lebih daripada setahun. Mereka menilai kebolehan penghutang untuk membayar semula pinjaman didalam syarat-syrat tertentu. Penarafan global Moody menunjukkan kemungkinan pada kegagalan atau kerugian kewangan. Selain itu, Moody juga menyediakan penarafan hutang subordinat yang menunjukkan kestabilan kewangan dan kebergantungan tidak termasuk beberapa risiko kredit luaran dan unsur-unsur pada sokongan kredit. Moody boleh memberikan penilaian kekuatan kewangan bukan sahaja kepada bank-bank swasta, tetapi juga jenis insitusi kewangan yang lain seperti bank pembangunan antarabangsa, dan insitusi kewangan yang dibiayai kerajaan.

Penilaian kredit Moody:

  • Penilaian gred pelaburan:

    • Ааа: Obligasi dianggap sebagai kualiti yang tertinggi, dengan risiko kredit yang terendah.
    • Аа: Obligasi dianggap sebagai kualiti tinggi dan tertakluk kepada risiko kredit yang sangat rendah.
    • A: Obligasi dianggao sebagai gred pertengahan atas, dengan risiko kredit yang rendah.
    • Baa: Obligasi adalah tertakluk kepada risiko kredit yang sederhana. Ianya dianggap sebagai gred pertengahan dan mungkin mempunyai beberapa ciri-ciri spekulatif.
  • Gred Speculatif:

    • Ba: Obligasi dianggap untuk mempunyai unsur-unsur spekulatif dan tertakluk kepada risiko kredit yang besar.
    • B: Obligasi dianggap spekulatif dan tertakluk kepada risiko kredit yang tinggi.
    • Caa: Obligasi dianggap sebagai berkualiti rendah dan tertakluk kepada risiko kredit yang sangat tinggi.
    • Ca: obligasi dianggap sebagai spekulatif yang tinggi dan kemungkinan gagal, atau hampir gagal, dengan beberapa prospek bagi pemulihan faedah serta pokok pinjaman.
    • C: Obligasi dianggap sebagai kualiti yang sangat rendah dan kebiasaanya gagal dengan beberapa prospek bagi pemulihan faedah serta pokok pinjaman.

Setiap kategori penilaian Moody mempunyai pengubah nombor sendiri daripada 1 ke 3. Sebagai contoh, Ba1, Ba2, dan Ba3.

Kembali semula kepada senarai artikel

Brokers Reviews

MENCADANGKAN FOREX BROKER
BROKER FOREX NO. 1 Di ASIA
30% bonus bagi setiap pendepositan
Leverage 1:1000

Forex charts and quotes





Tawaran istimewa
Mulakan dagangan
yang menakjubkan dengan $1000 START UP bonus
Dapatkan bonus
55%
dari InstaForex
bagi setiap pendepositan
Earn up to
$50000
for inviting friends to get StartUp Bonus from InstaForex
No investments required!