Up
Rating
Forex Broker
0
Broker
0
Ulasan

Fitch Ratings

Fitch Ratings merupakan salah satu daripada agensi penarafan kredit antarabangsa yang ternama. Ianya adalah khusus bagi menyediakan perkhidmatan penarafan bagi pasaran kredit global. Kaji selidik yang dijalankan oleh agensi ini disasarkan bagi menyampaikan pendapat kredit bebas, penyelidikan dan ulasan menyeluruh pada pasaran kredit dunia. Fitch Ratings mempunyai lebih daripada 50 pejabat diseluruh dunia. Pakar analisisnya adalah terdiri daripada para professional yang terbaik dan bijak yang mempunyai kemahiran analitikal yang kukuh dan memberikan petunjuk mengenai keganjilan pasaran tempatan. Analisisnya meliputi pasaran modal terhadap lebih daripada 150 negara. Pelabur, badan pengeluar dan bank mengiktiraf Fitch Ratings sebagai agensi yang dipercayai dan telus yang menyediakan produk analisis terkini.

Fitch berurusan dengan pelbagai penerbit diseluruh dunia dan memberikan penarafan kredit antarabangsa dan kebangsaan kepada bank-bank, institusi kewangan, syarikat insuran, sektor korporat, kerajaan tempatan, serantau serta asing. Fitch juga mengklasifikasikan terbitan instrumen hutang dengan pendapatan tetap dan transaksi kewangan yang berstruktur.

Pada 2006, Fitch Ratings melancarkan Derivative Fitch, anak syarikat milik penuh yang tertumpu kepada pasaran derivatif kredit. Ianya memfokuskan pada kaji selidik, penilaian dan memberikan kadar penilaian kepada derivatif kredit.

Skala penarafan kredit Fitch Ratings:

  • AAA: Kualiti kredit yang tertinggi
  • AA: Kualiti kredit yang sangat tinggi
  • A: Kualiti kredit yang tinggi
  • BBB: Kualiti kredit yang baik
  • BB: Spekulatif
  • B: Spekulatif yang tinggi
  • CCC: Risiko kredit yang besar
  • CC: Risiko kredit yang sangat tinggi
  • C: Risiko kredit yang sangat tinggi
  • D: Gagal

Kembali semula kepada senarai artikel

Brokers Reviews

MENCADANGKAN FOREX BROKER
BROKER FOREX NO. 1 Di ASIA
30% bonus bagi setiap pendepositan
Leverage 1:1000

Forex charts and quotes





Tawaran istimewa
Mulakan dagangan
yang menakjubkan dengan $1000 START UP bonus
Dapatkan bonus
55%
dari InstaForex
bagi setiap pendepositan
Earn up to
$50000
for inviting friends to get StartUp Bonus from InstaForex
No investments required!